+ sEindaH biCarA sElangiT CiTa ++

warna-warni duniaku

.:kUmpuLan HaQ RaRif~

Dalam kegigihan aku mengemas kini fail2 gambar2, dokumen2 dan music dalam laptop yang sedikit usang ini, aku terjumpa beberapa gambar yang menarik.

Antaranya yang ini

Hadi-Me-Rahim-Arip

Hadi-Me-Rahim-Arip

Haha, posing macam kumpulan penyanyi mana tah. Gambar buat album baru.

Actually gambar ni diambil tahun 2007 kalau tak silap. Around Mac or April. Kitorang ade Malam Perdana Siswa time tu. Before masuk dalam dewan amik gambar dulu.

Masa tu still tamhidi lagi, duk kat Sutera Indah, Nilai

Kira ni gambar zaman muda2 dulu la… Muka pun semua jambu je lagi. (Eh Arip, ko leh kira jambu gak ke?) Macam Ucop tulis dalam blog die, still virgin. Hahaha…

Hadi sekarang dah tahun 3 buat dentistry. Rahim, Arif ngan aku ambil medik. Semua budak usim juga ni.

Apapun, gambar2 macam ni memang bagi nostalgia untuk semua.

banyak lagi gambar yang lain, nanti aku upload sini. Hehe

p/s aku mula terasa cuti seminggu ku yang membosankan…

Filed under: cAMpus LiFe, kAwaN-KaWaN

.:fiNaL -pArasItoLoGy ~

The last paper this freaky week of examinations.

Feel so tired and lazy to enter the exam hall…  what happen just let them happen. My brain cannot think anymore about exam but holiday. Somehow I dont know what to do this 1 week holiday.

Overall, just okay for this paper. Insha Allah la, I’ll pass this paper.

Difficulty: 4.37/10

Filed under: cAMpus LiFe, dAlam Kelas

.:fiNaL – pAth0LogY ~

.

katanya ku hilang

dan kupernah tiada

kuakui semua

tapi ku percaya biar kutiada

ku tidak seperti dikata

cuma pasti hatinya kecewa

sangka tingginya pudar kemana

harapan selangit membumi jua

maafi aku

kerna melukai

..

Tuhan

kumahu gagahi jua terus berlari

menapak KanNan kiri

[OSPE Pathology]

Final ‘09

Filed under: suAra haTi

.:fiNaL – mIcrobIoLogY ~

Today’s paper is mainly about Bacteriology which is a part of microbiology beside Immunology.

microbiology

Overall there are more than 30 bacteria information needs to be covered. Each bacteria you need to now how was it look like, their grouping, what diseases they caused by, how we diagnose the bacteria, what test do we use, how do we perform the test, what is the principle in the test and how do we treat the bacterial infection.

Yeah that is about today’s paper.

MCQ- boleh la…boleh blah. Somehow, this time I finished my true false part earlier. I had some difficulty in One Best Answer part. Last mid semester exam this part pulls my marks down. Well, the basically all the answer given is correct but you need to choose the best answer to the question. Jadi agak susah juga la

MEQ- This part is better. Thanks to Dr Anuar’s question that I think it is a bonus question for the students to get the marks.

OSPE- Macam suwey juga. I don’t know what was wrong with me.

Difficulty: 5.23/10

Filed under: cAMpus LiFe, dAlam Kelas

.:fInaL – c0mmuNitY hEaLth~

The second day for the final exam.

Community health paper. Hmm… it consist  3 parts, Epidemiology, Demography and Medical Statistics.

I’m quite okay with the theoretical part, thats made me answer the multiple choice questions quite smooth.

lethal

Interprate this...

But when it comes to calculating and interpreting all those number and answer what does the number means…thats where my mind will go a little bit slow…

Hmm… especially statistical part. Anyway, just

hmm…tomorrow is the killer Microbiology paper. Wish me luck!

Difficulty: 5.4

Filed under: cAMpus LiFe, dAlam Kelas

.:fiNaL-pHarMac0LogY~

Well, just finished the 1st paper for this final exam. Pharmacology. What can I say is: boleh la tahan gak payahnya….

Never ever I felt so BLURR just like a person who doesn’t know anything from the lectures that I attend before…

74267002_dad8d73208

pHarmAc0Logy

Maybe because pharmaco is mostly about those creepy drugs and their metabolisms, action, adverse effect and bla, bla, bla…and it is too much and some drugs have soo-likely names which i easily forget which one is the one…

I wonder how the doctors and pharmacist can remember all of them..

Difficulty: (7.8/10)

Filed under: cAMpus LiFe, dAlam Kelas

pr0toKoL & cenDeramatA

Aku dilimpah kerja. Kerja aktiviti Jaksa kolej

Annual Dinner kolej: Aku bertugas dibawah unit buku cenderamata asalnya. Oleh itu aku kira kerja yang agak mudah. Mungkin sedikit rumit namun itu semua perlu diselesaikan sebelum majlis bermula.

Kiranya, malam dinner tu nanti aku takde lah bekerja sangat. So,  Nadia minta tolong jaga unit protokol juga. Aku okay je.

Ha, bila cakap pasal protokol majlis, semua benda sepanjang majlis kena jaga. Dari VIP sampai, MC, aturan perjalanan majlis etc…

Tetiba kerja jadi banyak…

Apapun, Thanks to Bai & Paen yang urus VIP, Peja & Farah yang jaga meja jemputan, Safiyah & Arif koordinator majlis, MC-MC semua – Ammar, Mujeed, Cema n Hana, Diyana the english teacher and Mira Cikgu BM… hehe

kawan-kawan yang lain pun tak lupa juga… Terima kasih banyak-banyak.

Jom kita buat yang terbaik untuk majlis esok!

Aku letih malam ni…

Filed under: cAMpus LiFe

.:keShaH puLasaN II:.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara-suara daripada para peniaga pulasan di kedai cawangan Kota yang menuntut agar wakil mereka diberikan jawatan yang lebih signifikan dan lebih tinggi bagi memastikan Majlis Peniaga Pulasan (MPP) lebih berfungsi bagi mereka

Kejadian ini adalah serupa dengan keadaan pasca PRU Ke-12 yang lalu yang mana perwakilan parlimen dari negeri-negeri Borneo tidak berpuas hati dengan pembentukan kabinet Pak Lah selaku PM ketika itu.

- Sabah & Sarawak -

Ahli-ahli Parlimen Sabah & Sarawak telah menuntut lebih banyak tempat dalam kabinet lantaran sebahagian besar undi datang dari negeri-negeri itu,

Sesetengah ketua-ketua peniaga di kedai pulasan cawangan Kota ini berkira-kira bahawa faktor utama MPP kurang berfungsi di kedai pulasan mereka adalah kerana kedudukan dan jawatan wakil-wakil mereka yang dilihat tidak begitu signifikan di peringkat pusat.

Sepertimana yang dilaporkan Suara KeABILan sebelum ini, tinjauan yang dilakukan mendedahkan MPP kurang memberi manfaat dalam kehidupan dan perniagaan para peniaga pulasan di kedai cawangan Kota ini.

Berdasarkan rekod, tiada perwakilan dari kedai pulasan cawangan kota yang pernah menduduki kerusi majlis tertinggi dalam MPP.

pulasan yang enak

pulasan yang enak

Datin Sri Fatunbah Zanuyah, Presiden Jawatankuasa Keluarga & Susuan Anak-anak Kedai Kerepek Pulasan (Jaksa-KKP) yang juga bekas perwakilan peniaga pulasan cawangan Kota dalam MPP menjelaskan ketiadaan perwakilan di peringkat Majlis Tertinggi, menyebabkan segala dasar dan tindakan dari MPP kadangala tidak mengambil kira keadaan dan situasi perniagaan dan para peniaga sendiri di kedai cawangan Kota.

Pendapat beliau disokong oleh En Baijuri Bin Uni

“Para peniaga pulasan di kedai-kedai cawangan seperti di Kubang Kerian dan Kuantan mempunyai perwakilan dalam majlis tertinggi MPP mereka. Begitu juga di Labuan. Kita perlu mencontohi mereka. Dengan adanya perwakilan yang berada di dalam majlis tertinggi, saya yakin MPP akan menjadi lebih komited dan progressif bagi para peniaga di cawangan Kota ini.”

En. Baijuri Bin Uni merupakan peniaga pulasan yang hangat dikatakan bakal dicalonkan untuk menjadi perwakilan dalam MPP sesi akan datang.

- gambar hiasan -

- gambar hiasan -

Ditanya mengenai jawatan apa yang sepatutnya di berikan kepada perwakilan dari kedai cawangan Kota, beliau menjawab Naib Yang Di-Pertua III.

“Biarpun menjawat jawatan Naib Yang Di-Pertua III, perwakilan ini tidaklah bertanggungjawab ke atas pimpinan keseluruhan kedai induk dan cawangan, tetapi memadai dengan kuasa autonomi ke atas hal ehwal peniaga kedai cawangan Kota sahaja. Kita letakkan wakil dalam majlis tertinggi hanyalah untuk mendapat suara yang lebih kuat dalam MPP dalam menjelaskan keadaan sebenar Kota. Akhirnya segala dasar dan pelaksanaan MPP tidak lagi akan mengabaikan kehendak dan situasi perniagaan di Kota.”

Walaubagaimanapun, cadangan ini dilihat kurang berkesan oleh Tan Sri Dato’ Haji Ikhran Jubih yang pernah bersama Datin Sri Fatunah Zanea dalam MPP.

Katanya, biarpun secara teorinya dengan adanya wakil kedai cawangan Kota dalam majlis tertinggi MPP akan menyebabkan suara peniaga cawangan Kota dalam MPP menjadi lebih tinggi, praktikalnya ia masih belum mampu membawa signifikasi MPP itu dalam perniagaan di kawasan Kota.

Ini kerana, kesibukan perniagaan di kedai cawangan Kota amat mengehadkan masa untuk para perwakilan menghadiri sidang mesyuarat MPP yang kadang kala dilakukan ketika waktu perniagaan.

“Dan itulah masalah sebenar yang patut diatasikan dan apa yang boleh kita lakukan buat masa ini adalah terima hakikat ini”

Filed under: sebUah ceRiterA...

.:eId muBarAk 1430:.

  1. Yesterday, all Muslims in the world celebrate the 1 Shawal, a ceremony that had been started about 1430 years ago, named Eid ul-Fitr Mubarak.
  2. Here in Kota Kinabalu, we celebrated the first day of Eid at our kampong in Kota Belud, Sabah where my Ama’ and Ina’ * house is located
  3. Nothing much too share, but these are some photos for the whole story

We begin our journey at 7 am to Masjid UMS to pray the Solat Sunat Aidil Fitri.

    DSC00631

    Masjid Universiti, UMS

    Then we continued to Kota Belud , direct to the old house…

    tHe kAmponG hOuse

    tHe kAmponG hOuse

    and a pose with my Ina’

    DSC03004

    the GrAnnY & mE

    Next, to our auntie’s Kg Suang Punggor (it is Sg. Punggor in Bajau Language) where we were served with crabs..

    cRabs tO eAt...

    cRabs tO eAt...

    and we took a picture of the 3 generation

    III gENeraTionS (not full yet)

    III gENeraTionS (not full yet)

    We were heading to the house of my mum’s auntie where we lost our way and I found this

    tHe wAteRLiLy

    tHe wAteRLiLy

    Thanks Allah, we finally arrived there and I found my twin cousins was sleeping quietly

    - bUrhan & AmeEn -

    - bUrhan & AmeEn -

    next to this classic TV

    oLd cLassIc tV

    oLd cLassIc tV

    with this background view

    sAwah padi baru lePAs keNA bajAK

    sAwah padi baru lePAs keNA bajAK

    The last house for the 1st day of Eid was my auntie’s in Kg Kulambai

    cousin, sister, sister, auntie n me

    cousin, sister, sister, auntie n me

    Our journey back to Kota Kinabalu started with this view

    pAdDy fiELd

    pAdDy fiELd

    and this…

    ada kereta naik atas divider jalan

    ada kereta naik atas divider jalan

    What a day of Hari Raya…

    *Ama & Ina laterally means Father & Mother. But in our  family we refer them to our Grandfather & Granmother

    p/s: Aku tak reti nak berpantun-pantun macam korang nih. Selamat Hari Raya buat semua. Minta maaf lah ya kalau ada apa-apa yang tersakit hati, terguris jiwa, tercarut lidah, terasa mahupun terumpat kata…Mohon maaf atas segala…


    Filed under: h0mE sweEt hoMe,

    .: aKu yAng 21:.

    21

    Kuharap dengan limpah rahmat dan kasih-Nya

    umurku dibuka

    lagi

    moga senantiasa tegak berdiri menongkah arus

    menyahut cabaran

    mematang diri meninggi pertimbangan

    menjauh cela menyuluh budi

    menempis nista menegar semangat

    memulia peri memarak cahaya

    ikatan iman janji setia pada tuhan

    buat selamanya…

     

    <18092009>

    ~ gEnap seTahuN laGi

    Filed under: suAra haTi

    Dan kalam pun bermula…

    +
    Dengan nama Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
    +
    mohon izin untuk mencadangkan usul betapa seisi dewan perlu yakin dan percaya sesungguhnya…
    +
    pabila pena mula menari melakar segala cuaran kata yang bersulam indah, menukil segala cetusan di benak minda anugerah agung ciptaan yang maha esa, melukis alunan corak ombak damai jauh di sudut hati, menghurai segala kusut resah khilaf yang menjadi dinding insan di dunia…
    +
    Aku menulis bukan untuk nama, jauh sekali karena pujian sesiapa, cuma ingin mencari laman untuk meluahkan segala yang terbuku pendam di dada, berkongsi dengan sesiapa setiap idea, ceritera warna-warni wajah kasih dunia kita…
    +
    Al kisah sebermulanya cerita…

    SiaPa aKu?

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.